Naratif ekonomi Madani dilancar menjelang Ogos

Naratif ekonomi Madani dilancar menjelang Ogos

PUTRJAYA,. Kerajaan akan melancarkan naratif ekonomi Madani menjelang Ogos bagi hala tuju ekonomi negara yang lebih jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata naratif tersebut penting bagi memudahkan pelan tindakan pelaksanaan dasar di peringkat kementerian dan jabatan berkaitan.

“Kita cuba meluncurkan naratif ekonomi Madani ini menjelang Ogos 2023. Sementara itu, beberapa dasar segera yang terpaksa dilaksanakan akan diteruskan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata naratif berkenaan bakal menjadi satu kerangka besar dan umum kepada nadi ekonomi negara, dan akan dijelaskan kepada rakyat secara berperingkat.

Beliau berkata pada masa kini kerajaan memberi keutamaan dan tumpuan terhadap bidang-bidang ekonomi yang perlu difahami oleh rakyat.

“Prinsip-prinsis ekonomi kita cerakin ringkas dalam buku Madani, tetapi Kementerian Ekonomi dan kementerian terlibat serta sektor swasta bila ada proses libat urus (akan) menentukan beberapa dasar seperti soal guna tenaga dan keutamaan pelaburan dan soal ekonomi hijau dan lain-lain,” kata beliau.

Anwar berkata mesyuarat MTEN semalam membincangkan berhubung reformasi ekonomi yang bakal diputuskan dalam mesyuarat akan datang bagi memastikan kewujudan ekonomi negara yang bernilai tinggi dan mampan serta menambah baik liputan keselamatan sosial melalui pendekatan pengupayaan rakyat dan reformasi pasaran kerja.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )