Lebih ramai akan pulang dari luar negara dijangka pertengahan April – Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA,. Individu yang pulang dari luar negara boleh menyebabkan kes positif Covid-19 meningkat pada pertengahan bulan ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu kerajaan diminta menempatkan golongan itu di pusat kuarantin.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menjangkakan lebih ramai individu pulang ke tanah air terutama pelajar institusi pengajian tinggi.

“Kalau ikutkan maklumat sedia ada, termasuk menerusi MATTA Fair, jumlah kemasukan mungkin sekitar 8,000 orang.

“Bagaimanapun, kita jangkakan perangkaan sebenar adalah lebih daripada itu kerana ia membabitkan penuntut IPT dari seluruh dunia yang ingin balik ke Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, kawalan terhadap golongan itu perlu dilakukan sekiranya tidak mahu ramalan kes meningkat tengah bulan ini menjadi kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, individu yang ditempatkan di pusat kuarantin tidak dibenarkan bergaul bebas sesama mereka bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Katanya, individu terbabit harus kekal di bilik masing-masing sepanjang tempoh kuarantin berjalan. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )