KUALITI UDARA NEGARA BAIK, TIADA KAWASAN CATAT IPU TIDAK SIHAT

KUALITI UDARA NEGARA BAIK, TIADA KAWASAN CATAT IPU TIDAK SIHAT

KUALA LUMPUR,. Kualiti udara di seluruh negara pagi ini secara umumnya baik dengan tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 43 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana manakala 25 lagi berada pada tahap baik.

Antara kawasan mencatat IPU sederhana ialah Batu Pahat dengan bacaan 92, Batu Muda (87), Kluang dan Pasir Gudang (84), Larkin (82), Tangkak (75), Samalaju dan Sri Aman (74), Kota Tinggi (71), serta Seremban dan Pengerang yang masing-masing merekodkan 70.

Kawasan lain yang mencatat bacaan sederhana ialah Bintulu (70), Samarahan (69), Kuching (69), Bandaraya Melaka (67), Segamat (67), Rompin (67), stesen di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (66), Balok Baru di Kuantan (65), Keningau (65), Alor Gajah (64), Sibu (63), Shah Alam (62), Johan Setia (62) serta Bukit Rambai (61).

Turut merekodkan bacaan sederhana ialah Tasek Ipoh, Kapit dan Sarikei masing-masing dengan bacaan 60, Klang (59), Nilai (59), Cheras (58), Miri (58), Seberang Perai, Putrajaya dan Limbang masing-masing 57, Banting (56), Sandakan (56), Seri Manjung, Petaling Jaya, Tawau serta Politeknik Kota Kinabalu dengan bacaan 55 dan Port Dickson (52).

Sementara itu, Temerloh dan Labuan masing-masing mencatat bacaan IPU tahap baik dengan bacaan 49, diikuti Pegoh Ipoh dan ILP Miri (48), Paka (47), Kimanis (46), Indera Mahkota Kuantan (44), Kemaman (43), Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu (41) serta Tanjung Malim (40).

Kawasan lain yang mencatat bacaan baik ialah Kuala Selangor (37), Sungai Petani dan Seberang Jaya (34), Minden (29), Kota Bharu (27), Kangar dan Tanah Merah (26), Kulim Hi-Tech, Taiping dan Besut (24), Alor Setar (22), Jerantut (18), Langkawi (13) dan Balik Pulau (11).

IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This