Konflik Asia Barat: Kerajaan masih mampu kekalkan subsidi – Johari Abdul Ghani

Konflik Asia Barat: Kerajaan masih mampu kekalkan subsidi – Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR,. Kerajaan masih mampu mengekalkan subsidi buat masa ini walaupun ketidaktentuan ekonomi global semakin meningkat susulan perang Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran serta ketegangan di rantau Asia Barat.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kerajaan belum membuat keputusan untuk mengurangkan subsidi kerana menyedari kesannya yang besar kepada rakyat.

Jelas beliau, kerajaan ketika ini masih berupaya menampung peningkatan kos yang berpunca daripada ketegangan geopolitik sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa bulan.

“Buat masa ini kita belum ada keputusan untuk memotong subsidi sebab kita rasa kesannya memang besar.”

“Bagaimanapun, kita mahu melihat dahulu berapa lama kesan situasi ini akan berpanjangan. Jika hanya dua atau tiga bulan lagi, saya rasa kerajaan masih boleh bertahan. Selepas itu kita akan lihat perkembangan seterusnya,” katanya.

CATEGORIES
Share This