KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DITUTUP STABIL SUSULAN OPERASI BNM

KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DITUTUP STABIL SUSULAN OPERASI BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan operasi dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.80 bilion daripada RM36.38 bilion pagi tadi manakala mudah tunai dalam sistem Islam susut kepada RM33.20 bilion daripada RM34.12 bilion sebelumnya.

Terdahulu, BNM melaksanakan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM39.80 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM33.20 bilion, masing-masing bagi tempoh pembiayaan sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada paras 2.74 peratus setakat 4 Nov, 2026.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This