Ibu kota kembali ‘bernyawa’

Ibu kota kembali ‘bernyawa’

KUALA LUMPUR,. Setelah 47 hari sunyi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19, ibu kota kembali ‘bernyawa’ setelah kerajaan memutuskan mulai 4 Mei untuk aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi semula melalui perwartaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Tinjauan Wilayahku di ibu kota mendapati kebanyakan premis perniagaan di ibu kota kembali dibuka bagi merancakkan kembali aktiviti ekonomi.

Selain itu, kebanyakan kenderaan sudah mula memenuhi jalan-jalan utama di Kuala Lumpur setelah pejabat kerajaan turut dibuka hari ini.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, beliau mengambil peluang turun padang melihat keadaan di sekitar ibu kota.

“Alhamdulillah ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan kerajaan tetapi memang banyak aspek yang boleh lagi diperbaiki.

“We’ll get better and better InsyaAllah,” katanya dalam laman Facebook.

Terdahulu Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan (JKKNWP) menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel untuk melihat amalan penjarakan sosial serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) para penumpang dalam pengangkutan awam.

Beliau turut melawat beberapa kawasan tumpuan termasuk di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) untuk melihat dari dekat kepatuhan orang ramai terhadap SOP yang telah ditetapkan kerajaan termasuklah pemakaian topeng muka dan penggunaan hand sanitizer. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )