Him & Her Health Run 2026 Menggalakkan gaya hidup lebih sihat

Him & Her Health Run 2026 Menggalakkan gaya hidup lebih sihat

KUALA LUMPUR,. Yayasan MR D.I.Y. telah mengumumkan pelancaran sulung Him & Her Health Run 2026, satu inisiatif peringkat kebangsaan yang bertujuan mempromosikan kesihatan jantung serta meningkatkan kesedaran mengenai kanser melalui larian santai sejauh 5 kilometer.

Direka untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat, acara ini mengajak individu, keluarga dan komuniti untuk bersama-sama berlari, berjalan serta meraikan kesejahteraan secara menyeluruh.

Larian ini akan diadakan di tiga lokasi di seluruh negara, bermula di Pulau Pinang pada 17 Mei, diikuti Sarawak pada 19 Julai dan berakhir di Kuala Lumpur pada 18 Oktober.

Terbuka kepada peserta berumur lima tahun ke atas, acara ini menyediakan platform inklusif untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang menyokong satu tujuan yang bermakna.

Melalui inisiatif ini, Yayasan MR D.I.Y. berhasrat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar mengambil langkah proaktif ke arah kesihatan yang lebih baik, di samping meningkatkan kesedaran terhadap penyakit jantung dan kanser.

Penganjur menyifatkan larian ini sebagai lebih daripada sekadar acara kecergasan, malah menekankan peranannya sebagai gerakan berasaskan komuniti dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

Hasil kutipan daripada acara ini akan disalurkan kepada organisasi dan program berkaitan kesihatan yang merangkumi aspek pencegahan dan pendidikan, sokongan rawatan serta penjagaan pesakit.

Antara penerima manfaat ialah Yayasan Jantung Malaysia, Sarawak Children’s Cancer Society, Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak (CAKNE), dan Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS).

Inisiatif ini turut disokong oleh rangkaian rakan strategik termasuk CUCKOO International (M) Berhad, Kumon Education Malaysia, Health Lane Family Pharmacy, The Mines Resorts and Hotels, Merdeka Waterfront Hotel, Delfi Marketing, Chuan Sin Sdn Bhd, dan NCS Science Sdn Bhd.

Pendaftaran untuk larian ini kini dibuka, dengan tarikh tutup ditetapkan pada 3 Mei bagi Pulau Pinang, 1 Julai bagi Sarawak dan 1 Oktober bagi Kuala Lumpur. Orang ramai digalakkan mendaftar awal bagi memastikan tempat penyertaan.

Semua peserta berdaftar akan menerima kit larian yang merangkumi baju-T acara, tuala edisi terhad, topi larian, nombor bib serta pingat penamat.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, peserta boleh melayari laman web rasmi atau mengikuti Yayasan MR D.I.Y. di platform media sosialnya.

CATEGORIES
Share This