COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 9.30 pagi, 30 April – KKMM

COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 9.30 pagi, 30 April – KKMM

KUALA LUMPUR,. Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan bahawa pihak MKN ada mengeluarkan infografik berkenaan dengan Panduan Perkhidmatan, Perniagaan dan Industri Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, yang turut menyatakan berkenaan kebenaran beroperasi kelab-kelab golf pada hari-hari tertentu. Orang ramai hendaklah merujuk Telegram Rasmi MKN (https://t.me/MKNRasmi) untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pernah mengeluarkan sebarang tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 yang merangkumi Ujian Lisan SPM pada 8 sehingga 25 Jun, Ujian Setara pada 20 sehingga 31 Julai, Peperiksaan Percubaan SPM pada bulan November 2020 dan Peperiksaan SPM Bertulis pada 1 sehingga 31 Mac 2021.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )