COVID-19: Kes baharu turun kepada 20,670 semalam

COVID-19: Kes baharu turun kepada 20,670 semalam

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 20,670 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia semalam, menurun sedikit berbanding 21,468 yang direkodkan hari sebelumnya.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,384,353.

Menurutnya, Selangor kekal sebagai negeri merekodkan kes tertinggi dengan 6,606 kes diikuti Kuala Lumpur (2,028), Kedah (1,796), Sabah (1,752), Johor (1,425), Kelantan (1,370), Pulau Pinang (1,251) dan Perak (1,003).

Pahang pula mencatat 794 kes, Negeri Sembilan (727), Sarawak (725), Terengganu (560), Melaka (521), Perlis (61) dan Putrajaya (51) manakala tiada kes baharu direkodkan di Labuan.

– BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )