COVID-19: 17,105 kes baharu semalam – Dr Noor Hisham

COVID-19: 17,105 kes baharu semalam – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 17,105 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah 1,163,291 kes.

Beliau berkata Selangor kekal negeri dengan kes harian paling tinggi iaitu 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309); Johor (1,275); Kedah (1,036); dan Sabah (1,010).

Perak pula merekodkan 967 kes baharu, Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (tujuh) dan Labuan (lima).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )