Aaron-Roy King rangkul kejuaraan Masters Jepun

Aaron-Roy King rangkul kejuaraan Masters Jepun

KUALA LUMPUR,. Beregu lelaki negara Aaron Tai-Yap Roy King muncul juara Kejohanan Badminton Masters Jepun 2026 menewaskan bekas juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada aksi final di Gimnasium Wilayah Kumamoto hari ini.

Gandingan yang berada di ranking ke-57 dunia itu berjaya meraih lapan mata berturut-turut pada satu ketika sebelum tewas 16-21 pada set pertama kepada pasangan tuan rumah yang menghuni ranking ke-10 dunia.

Aaron-Roy King bangkit pada set kedua untuk mencatat kemenangan 21-13 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pasangan itu kemudian meneruskan rentak cemerlang dengan mempamerkan fokus tinggi untuk menundukkan lawan 21-15 dalam tempoh 55 minit.

Kemenangan itu merupakan gelaran kedua diraih beregu berkenaan sejak bergandingan, selepas menjuarai Terbuka Artik 2026 bulan lepas.

Kejohanan berstatus Super 500 itu menawarkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai USD500,000 (kira-kira RM2.04 juta).

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This