
KADAR JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL MINGGU DEPAN SUSULAN OPERASI BNM
KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sistem kewangan.
Bank pusat itu melaksanakan operasi mudah tunai setiap hari sepanjang minggu ini menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam, merangkumi perjanjian komoditi murabahah bercagar serta perjanjian jual dan beli balik, bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM35.80 bilion daripada RM40.20 bilion pada minggu sebelumnya.
Sementara itu, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam susut kepada RM21 bilion daripada RM33.30 bilion pada akhir minggu lepas.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 12 Nov, 2026.
— BERNAMA
