Keputusan peperiksaan SVM Semester 4 bagi Sesi 2/2025 keluar Khamis

Keputusan peperiksaan SVM Semester 4 bagi Sesi 2/2025 keluar Khamis

PUTRAJAYA,. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 bagi Sesi 2/2025 (Kohort 2024) akan dikeluarkan pada Khamis, 30 April ini.

Seramai 16,240 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut yang dilaksanakan di 86 Kolej Vokasional di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing di kolej berkenaan mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh pengumuman.

Selain itu, keputusan juga boleh disemak secara dalam talian melalui portal rasmi di myresultsvm.moe.gov.my bermula pukul 10.00 pagi pada 30 April hingga pukul 6.00 petang pada 6 Mei.

Kementerian turut mengucapkan tahniah kepada semua calon dan berharap pencapaian tersebut akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam pembangunan kemahiran.

Selain itu, para graduan digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan negara melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif dan berdaya saing.

CATEGORIES
Share This