
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM31.79 bilion berbanding RM30.29 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam berkurangan kepada RM16.10 bilion daripada RM18.33 bilion.
Terdahulu, bank pusat itu melaksanakan tiga tender repo berbalik dan dua tender repo berbalik Islam.
Pada 4.00 petang, bank pusat itu menjalankan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM31.80 bilion dan tender pasaran wang murabahah sebanyak RM16.10 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 16 Februari 2026.
–BERNAMA
