Zii Jia melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia

Zii Jia melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia

JAKARTA,. Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia 2024 dengan menewaskan pemain India, K. Srikanth di Istora Senayan di sini, hari ini.

Zii Jia, yang menghuni ranking ke-10 dunia, mengambil masa 54 minit untuk menang 19-21, 21-14, 21-11.

Beliau yang kandas di peringkat suku akhir Terbuka India minggu lalu akan bertemu pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long pada pusingan kedua selepas menewaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen 21-17, 24-22.

Zii Jia, yang kini tampil lebih yakin, berkata Terbuka India merupakan permulaan yang baik berbanding tahun lepas kerana sering bergelut di pusingan pertama namun tetap tidak berputus asa.

“Set pertama kurang tahu permainan Srikanth yang banyak berubah, di set kedua dan ketiga mula dapat rentak dan tahu permainan sebenarnya,” kata bekas jaguh All England ketika ditemui selepas perlawanan itu.

Selain menyasarksn untuk layak ke Olimpik Paris 2024 dengan mendapatkan keputusan baik di setiap kejohanan, Zii Jia mengidamkan pingat dan bertekad mempamerkan persembahan baik sepanjang tahun ini.

Turut mengiringi Zii Jia ialah pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao yang menyingkirkanwakil Jepun, Kenta Nishimoto dengan straight set 21-17, 21-17 dan berdepan jaguh Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada pusingan kedua.

Beregu campuran Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie pula berdepan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun selepas menewaskan gandingan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-15, 21-15 pada pusingan pertama.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )