Zidane ‘anugerah besar’ buat Madrid

Zidane ‘anugerah besar’ buat Madrid

MADRID,. Presiden Real Madrid, Florentino Perez menggambarkan Zinedine Zidane sebagai “anugerah dari syurga” selepas pengendali itu menghadiahkan gelaran La Liga ke-34 buat kelab itu pagi tadi.

Perez juga berkata Sergio Ramos akan menamatkan karier di Madrid, walaupun masih belum pasti mengenai masa depan pemain berusia 34 tahun itu dengan kontraknya akan tamat tahun depan.

Madrid menewaskan Villarreal 2-1 di Stadium Alfredo di Stefano bagi memastikan kemenangan diperlukan bagi meraih gelaran liga daripada Barcelona berbaki satu perlawanan.

Ia adalah trofi ke-11 Zidane selepas 209 perlawanan bersama Real Madrid.

“Dia sudah menang trofi bagi setiap 19 perlawanan,” kata Perez. “Dia anugerah dari syurga dan saya harap dia akan kekal bersama kami untuk tempoh yang lama. Orang boleh mengkritiknya semahunya asalkan dia terus menang gelaran.”

Mengenai Ramos, Perez berkata: “Saya yakin Ramos akan menamatkan karier di Madrid. Semua orang sepatutnya tenang. Dia lebih daripada seorang kapten kepada kami, dia mengetuai pasukan dengan perwatakan besar.”

Ramos berkata dia gembira jika bersara dengan juara baharu Sepanyol itu.

“Apa sahaja dimahukan presiden,” katanya. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )