Zarco sambar petak utama MotoGP Republik Czech

Zarco sambar petak utama MotoGP Republik Czech

BRNO, Republik Czech,. Johann Zarco menyambar petak utama saingan MotoGP Czech di sini, esok selepas mencatatkan 0.300 saat lebih pantas berbanding pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, sebentar tadi.

Pelumba Ducati-Avintia itu mengenepikan cabaran rakan senegaranya dari Perancis yang memenangi kejuaraan dalam dua perlumbaan awal buat pasukan PETRONAS Yamaha SRT selepas bermula dari petak utama.

Penyandang juara, Marc Marquez pula terus gagal tampil beraksi gara-gara masih dalam proses pemulihan pada bahagian tangan yang patah selepas terbabit kemalangan pada perlumbaan pembukaan.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli pula akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga, manakala juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi meraih petak ke-10 dan Andrea Dovizioso di petak ke-18.

Zarco, 30, yang meninggalkan pasukan KTM pada pertengahan musim lalu akibat keputusan kurang cemerlang, berjaya memenangi petak utama MotoGP buat kali keenam.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )