YWP edar bantuan barang makanan untuk 100 keluarga rumah panjang Bukit Kiara

YWP edar bantuan barang makanan untuk 100 keluarga rumah panjang Bukit Kiara

KUALA LUMPUR,. Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menghulurkan bantuan untuk 100 keluarga di rumah panjang Bukit Kiara di sini yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sumbangan tersebut disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa yang juga Pengerusi YWP.

Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Zaizalnizam Zainun berkata, bantuan barang makanan itu diagihkan kepada penduduk yang terjejas termasuk terputus bekalan makanan disebabkan ketiadaan wang, diberhentikan kerja atau tidak menerima gaji berikutan PKP.

“Kira-kira 100 kit barangan makanan mengandungi beras, tepung, susu, gula, sardin dan minyak masak telah diagihkan kepada 100 keluarga di sini.

“Satu set barangan keperluan itu bernilai kira-kira RM50 setiap satu dan YWP membelanjakan kira-kira RM5,000 untuk penduduk di sini,” katanya kepada Wilayahku.

Zalzainizam memberitahu, pihaknya akan menghulurkan bantuan tambahan kepada mana-mana individu yang memerlukan.

“Sekiranya mereka memerlukan, kita akan pertimbangkan bantuan-bantuan lain yang bersesuaian,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )