Young Tigers catat rekod bersih menentang Western Australia

Young Tigers catat rekod bersih menentang Western Australia

KUALA LUMPUR,. Skuad hoki remaja lelaki negara menamatkan empat siri perlawanan persahabatan menentang kelab Western Australia dengan rekod bersih apabila melengkapkan saingan dengan nota kemenangan 4-3 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Pasukan kendalian Muhamad Amin Rahim sebelum ini menang dua perlawanan masing-masing dengan 3-1 dan perlawanan ketiga dengan keputusan 7-3, pada Jumaat.

Mengulas mengenai perlawanan terakhir Muhamad Amin berkata beliau kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditampil skuadnya berbanding perlawanan Jumaat yang dilihat lebih banyak menghasilkan jaringan.

“Secara keseluruhan memang kita menang, tetapi perlawanan hari ini agak kurang baik sebab saya banyak buat pertukaran, banyak muka baru sebab saya bagi peluang pada semua pemain untuk ambil peluang ini,” katanya selepas perlawanan itu.

Perlawanan persahabatan dengan Western Australia yang menjadi antara medan latihan buat Young Tigers menjelang Piala Remaja Dunia di Kuala Lumpur, dari 5 hingga 16 Dis ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )