Yayasan Pembangunan Labuan hargai peranan media ketika PKP

LABUAN,. Yayasan Pembangunan Labuan ( YPL ) menyumbangkan sebanyak 69 kit barangan makanan kepada petugas media di Labuan, Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif YPL, Muhammad Ridzuan Ibrahim berkata, sumbangan itu merupakan barangan keperluan harian dan tanda penghargaan pihak YPL kepada para petugas media dalam membuat liputan berita sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Beliau berkata, pengorbanan petugas media yang bertugas di lapangan juga perlu dihargai kerana mereka juga berhadapan dengan situasi getir ketika membuat liputan.

“Diharap sumbangan ini akan meringankan beban petugas media yang bertugas di barisan hadapan sepanjang PKP ini” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan tersebut.

Dalam pada itu, majlis penyerahan kit barangan makanan turut disaksikan Pengarah Jabatan Kebajikan (JKM) Asharey Matarsad dan Pengarah Penerangan Labuan Supian Musa.

Sebelum ini, YPL telah membuat sumbangan 200 kit barangan makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Labuan untuk diagihkan kepada golongan terjejas ekoran PKP dalam memutuskan penularan wabak Covid-19. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )