Webinar ‘WIEF-SIDC PowerTalk 2020’ akan bincang kemajuan sektor perbankan Pasca-COVID-19

Webinar ‘WIEF-SIDC PowerTalk 2020’ akan bincang kemajuan sektor perbankan Pasca-COVID-19

KUALA LUMPUR,. Cara-cara untuk sektor perbankan dan pasaran modal mencapai kemajuan pada era pasca-COVID-19 akan dibincangkan dalam sesi webinar yang dianjurkan oleh Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC).

Webinar WIEF-SIDC PowerTalk 2020, yang akan diadakan pada 8 Disember bertajuk “Moving Forward: Banking and Capital Market Trends” akan menampilkan pemimpin industri seperti ketua Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar dan PricewaterhouseCoopers Australia Global Banking and Capital Markets Leader, Peter Burns akan menyertai webinar itu sebagai ahli panel.

Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan AmBank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, yang juga ahli ahli lembaga penasihat WIEF adalah moderator sesi webinar tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, WIEF berkata sesi itu akan memberi tumpuan kepada prospek ekonomi global dalam persekitara pandemik dan bagaimana industri perbankan serta pasaran modal dapat membantu melindungi pekerja, keuntungan dan kecairan.

Ini juga akan merangkumi cara memastikan pilihan pengguna dalam pemberian pinjaman dan bagaimana mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Menyedari bahawa pasaran perbankan dan modal memainkan peranan penting dalam membantu pemulihan ekonomi, Yayasan WIEF dan SIDC telah membangunkan kandungan webinar untuk memberi tumpuan kepada cara-cara untuk memastikan bahawa kosnya dapat menghasilkan keuntungan yang lebih baik, dan juga kesan jangka panjang kepada masyarakat.

“Perbincangan ini bertujuan untuk membantu bank dan pasaran modal untuk berhati-hati dan memiliki koordinasi yang lebih baik antara pihak berkepentingan atau rakan kongsi yang berbeza,” katanya.

Yayasan itu berkata pada waktu kemelesetan ekonomi ketika ini, penggiat ekonomi utama harus fokus kepada menjana idea melalui strategi pemulihan jangka pendek yang praktikal dan pelbagai serta bekerjasama dengan pesaing untuk mencegah kerugian dan gangguan kepada perniagaan.

Maklumat lanjut mengenai WIEF-SIDC PowerTalk Webinar 2020 boleh diperoleh dengan melayari www.wief.org.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )