Warga net gembira Annuar perjuang pemilikan rumah, lot kedai

Warga net gembira Annuar perjuang pemilikan rumah, lot kedai

PUTRAJAYA,. Rata-rata warga net menzahirkan reaksi positif terhadap ciapan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa di Facebook rasminya berhubung rumah dan lot kedai untuk bumiputera tidak habis dijual kerana tiada pemohon.

Salah seorang pengguna Facebook, Pak Enai menyatakan, usaha Tan Sri akan abadi dalam lipatan sejarah sebagai menteri yang berani menegakkan amanah.

Selain itu, katanya, “di kala amanah itu seumpama bulu putih di kambing hitam, hampir susah untuk kelihatan, namun doa kami semoga Allah bersama Tan Sri…..kami rakyat insyaallah tetap jitu menyokong.”

Azman Salleh juga senada dan turut mengucapkan tahniah kepada Annuar kerana memperjuang dan memperkasakan isu berkenaan.

“Ini yang patut diperjuang dan diperkasakan… isu nampak remeh tapi ini la taktik-taktik pemaju dalam menyingkirkan orang Melayu… Banyak lagi isu-isu yang wajib diperjuangkan…

“Teruskan TSAM….letak Melayu dihadapan selaras dengan perjuangan UMNO… masa dah kritikal sebelum Melayu terus lenyap dari bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Masliha Harun II juga menzahirkan perkara yang sama dan memuji tindakan Annuar dengan menyatakan “Terbaik Tan Sri.. satu usaha mengangkat usahawan bumiputera yang sangat baik.. Terima Kasih dari kami.”

Dalam pada itu, beberapa pengguna Facebook lagi menceritakan pengalaman yang dialami.

Sehubungan itu Asyraf Ahmad meminta lot bumiputera diuruskan di bawah kerajaan negeri supaya tiada ‘manipulate’ dari mereka yang berkepentingan.

Malah, komen yang ditulis beberapa pemilik akaun Facebook turut menyatakan pemaju bertindak membohongi pemohon dengan alasan rumah yang dikhaskan telah habis dijual.

Melalui komennya itu, Wan Deboit juga mendakwa bahawa pemaju mahu bumiputera membeli dengan harga non-bumiputera.

Terdahulu, Annuar membuat ciapan di Facebook rasminya iaitu “Saya diberitau kononnya rumah dan lot kedai (termasuk di Shopping mall)yang dikhaskan untuk BUMIPUTERA tak habis kerana tiada pemohon..betulkah lapuran ini? Saya terima permohonan PEMAJU yang mau lot bumiputera Di buka kpd non bumi.

Menteri Wilayah Persekutuan juga menyatakan “Saya ragu. Hari ini saya akan Turun Padang utk tengok sendiri di shopping mall tertentu.Saya mau peniaga bumiputera tampil dan berniaga di shopping mall DLL… Yang berminat sila hubungi Kementerian.” – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )