Walker Pilih Nombor 32 di Milan, Terinspirasi Oleh Beckham

Walker Pilih Nombor 32 di Milan, Terinspirasi Oleh Beckham

KAPTEN Manchester City, Kyle Walker, kini sah menyertai AC Milan secara pinjaman bagi baki saingan musim ini, dengan bakal memakai jersi nombor 32 yang pernah digunakan oleh legenda bola sepak, David Beckham.

Pemain pertahanan kanan berusia 34 tahun itu menyertai City dari Tottenham pada 2017, dan telah membuat 319 penampilan bersama kelab tersebut. Penampilan terakhirnya dengan The Netizens adalah ketika membantu City menewaskan West Ham 4-1 pada awal Januari lalu. Walker kini mempunyai baki 18 bulan kontrak bersama juara empat kali berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas menandatangani kontrak jangka panjang pada 2023.

Walker turut mendedahkan bahawa keputusan untuk berkelana ke Milan turut dipengaruhi oleh rakan sepasukannya, Tammy Abraham, yang memberi galakan kepadanya untuk memilih kelab itu. Selain itu, beliau juga memuji sokongan luar biasa daripada penyokong Milan yang memberikan inspirasi kepadanya.

“Saya memilih nombor 32 kerana David Beckham, ikon negara kita (England),” kata Walker, merujuk kepada pemilihan nombor jersi yang bersejarah itu. AC Milan turut mengesahkan bahawa mereka mempunyai pilihan untuk membeli pemain tersebut selepas tamat tempoh pinjaman.

mediabatu.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )