Vaksin oral polio diberikan semula Jun ini

Vaksin oral polio diberikan semula Jun ini

KOTA KINABALU,. Pemberian vaksin monovalen oral Polio (mOPV) di Sabah yang sepatutnya dilaksanakan pada April lalu dijadualkan semula awal bulan depan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Christina Rundi, berkata sejak Disember tahun lalu, JKNS telah melaksanakan Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS) bagi kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun yang seharusnya menerima dua dos vaksin bivalen oral Polio (bOPV) dan dua dos mOPV.

“Dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), prestasi pencapaian liputan imunisasi di negeri ini sedikit menurun,” katanya, dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Christina berkata, secara keseluruhannya seramai 681,161 atau 79.83 peratus kanak-kanak berumur di bawah 13 tahun telah diberi suntikan dos pertama bOPV manakala dos kedua hanya 43.2 peratus.

Beliau berkata JKNS menyasarkan liputan imunisasi pada tahap 95 peratus untuk memastikan imuniti kelompok bagi menyekat penularan jangkitan polio dalam komuniti.

Sabah merekodkan empat kes polio sejak Disember tahun lalu iaitu dua kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di daerah Tuaran dan Kinabatangan.– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )