United sedia pancing Niguez

MANCHESTER,. Manchester United secara rahsia menghantar pengintip melihat keadaan Saul Niguez ketika Ole Gunnar Solskjaer sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran £70 juta pound (RM382.98 juta) buat bintang Atletico Madrid itu.

Pemain tengah Sepanyol itu menarik minat Red Devils sejak beberapa tahun lalu apabila memecah masuk ke kesebelasan utama pada usia muda.

Pemain berusia 25 tahun itu dipantau oleh beberapa pasukan utama Eropah juga melalui musim yang hebat ketika ini sebelum terganggu akibat coronavirus.

Dan difahamkan United menghantar pengintip untuk melihat secara dekat Niguez ketika Atletico menang mengatasi Liverpool di Anfield bulan lalu.

Solskjaer dijangka mahu mendapatkan pemain tengah kreatif itu musim panas ini dan dia mahu menggandingkan pemain itu dengan Bruno Fernandes.

Bintang Sepanyol itu menandatangani perjanjian sembilan tahun dengan Atletico pada 2017, dengan klausa pembelian semula bernilai £132 juta pound (RM722.19 juta).

Namun United hanya mahu membayar sekitar £70 juta pound (RM382.98 juta) buat Niguez dan memberitahu dengan jelas mereka tidak boleh melepasi had itu buat masa ini.

Pengurusan tertinggi Old Trafford bersedia menambah gaji pemain itu daripada £115,000 pound (RM629,000) seminggu kepada £200,000 pound (RM1.04 juta) seminggu.

United juga menyedari Paul Pogba akan meninggalkan kelab itu musim panas ini ketika Real Madrid dan Juventus bersedia memancing pemain Perancis itu. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )