Undi en-bloc jika ada usul tidak percaya

Undi en-bloc jika ada usul tidak percaya

PUTRAJAYA,. Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada hari ini sebulat suara membuat ketetapan akan mengundi secara en-bloc, menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tindakan itu akan dilakukan sekiranya terdapat usul tidak percaya di Parlimen semasa Istiadat Pembukaan Parlimen,18 Mei (Isnin) ini.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, BN juga akan terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh terbabit sebagai Perdana Menteri Ke-8.

“BN terus menyokong dan mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri.

“Berhubung pendaftaran PN secara formal sebagai sebuah parti seperti yang dicadangkan, BN berpandangan BN perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing,” katanya.

Menurut Annuar, Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi BN Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengarah Pilihanraya PRK DUN (N23) Chini.

Dalam pada itu, ujar beliau, Dewan Tertinggi BN juga sebulat suara untuk melantik Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datuk) sebagai Ketua Whip BN di Dewan Rakyat.

“Ketua Whip BN ini akan menyelaras urusan-urusan berkaitan hal ehwal Dewan Rakyat di kalangan Ahli Parlimen BN dengan pihak kerajaan.

“Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Negeri Selangor (Pengerusi BN Selangor), berkuatkuasa 12 Mei 2020.

“Mesyuarat telah membuat pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Bahagian-Bahagian (Pengerusi BN Parlimen) di semua negeri kecuali Sarawak.

“Ini adalah melibatkan 191 parlimen daripada keseluruhan 222 parlimen yang ada di Malaysia,” katanya sambil menyatakan BN pada masa ini mempunyai kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )