Umno Bahagian Batu akan menerima Ketua bahagian yang baru
KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Batu meyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Bekas Setiausaha Bahagian Umno Sdr. Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Dato Rahim Suboh seorang tokoh Koporat.
Ketua Bahagiannya, Datuk yahya mat ghani lebih di kenali dgn datuk abbas di kalangan rakan rakan.
Berhasrat untuk tidak mempertahan kan jawatan ketua umno bahagian bagi memberi laluan kepada muka baru demi memperkuatkan Umno di Parlimen Batu Khasnya.
Bermula ahli biasa tahun 1989 cawangan taman koperasi polis fasa 2. Jawatankuasa pemuda bahagian 1993 – 1996. Bendahari pemuda bahagian 1996 . Ketua pemuda bahagian 1999 , Jawtankuasa bahagian 2004 dan pada 2008 menjawat jawatan Ketua umno bahagian batu .
Sdr. Gulam Muszaffar Gulam Mustakim seorang yang tak perlu di perkenalkan lagi di Parlimen Batu kerana beliau amat di senangi oleh penduduk setempat. Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu itu juga amat perihatin dengan masaalah penduduk setempat.
Isu Rohana Abdullah yang di perlihara seorang wanita Cina, Puan Chee Hoi Lan, 83, yang tidak mempunyai Kad pengenalan mendapat perhatian Sdr. Gulam Muszaffar Gulam Mustakim yang tangkas bertindak menemui Perdana Menteri untuk mempertimbangkan permohonannya untuk mendapat status kerakyatan.
Puan Chee Hi Lan memelihara Rohana sejak berusia dua bulan lagi. Bukan saja menjaganya, warga emas itu sanggup mengeluarkan belanja bagi memastikan Rohana dapat belajar fardu ain dan makan makanan halal.
Manakala Dato Rahim Subuh ada lah ketua cawangan Pangsapuri bandar baru Sentul 3B, yang bergiat aktif dengan kerja kerja amal melalui institusi NGO dan kerja kerja kebajikan.
Dato’ Rahim Suboh mempunyai lebih 36 tahun pengalaman dalam bidang Perbankan. Kerjaya Rahim kebanyakannya adalah dengan Bank Negara Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1979 sebagai pegawai dan memegang pelbagai jawatan terutamanya dalam operasi termasuk menguruskan konsainan mata wang dan juga pernah berkhidmat dalam Sumber Manusia dan Latihan.
Pada 2004 Dato’ Rahim Suboh menyertai Kementerian Kewangan sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek Husain. Beliau juga dilantik secara serentak sebagai Penasihat Antarabangsa Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Bhd (UKHWAH).
Beliau kemudiannya membawa pengalamannya kepada sektor swasta di mana beliau menduduki pelbagai syarikat melibatkan pelbagai industri termasuk pengangkutan, perkhidmatan mekanikal dan teknikal, pembangunan hartanah dan sistem IT.
Dengan pengalaman dan hubungan baik dengan seluruh penduduk sekitar beliau yakin dapan memberikan perkhidmatan yang terbaik jika terpilih menjadi Ketua Umno Bahagian Batu.
Seramai 462 perwakilan dari 54 cawangan umno akan membuat pilihan mereka pada 18 March ini yang di jalankan serentak seluruh Malaysia bagi memilih pemimpin bahagian dan Jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi .
-Dino