UEFA tunda tiga perlawanan akhir bola sepak Eropah

UEFA tunda tiga perlawanan akhir bola sepak Eropah

ANKARA,. UEFA menunda tiga perlawanan akhir bola sepak Eropah berikutan penularan wabak novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Anadolu.

“Secara rasmi hari ini, UEFA memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan akhir Liga Juara Wanita UEFA, Liga UEFA Europa, Liga Juara-Juara UEFA yang pada asalnya dijadualkan pada Mei 2020,” memetik kenyataan UEFA pada Isnin.

Tambah kenyataan itu lagi, buat masa ini tarikh baharu masih belum diputuskan dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )