Ucapan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin Di Majlis Sambutan Ulang Tahun Bersatu Ke-6
Assalammualaikum!
Apa khabar semua? Suka saya dengar semuanya dalam keadaan sihat walafiat… alhamdulillah. Pertamanya saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana pada tengah hari ini dapat kita berhimpun di sini dalam satu majlis yang cukup bermakna, iaitu majlis untuk kita sama-sama meraikan dan memuliakan sambutan hari ulang tahun ke enam kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini alhamdulillah.
Walaupun ia merupakan satu tempoh yang tidak terlalu panjang… enam tahun sejak ia tertubuh… tetapi saya kira ia merupakan satu detik peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Kerana terbentuknya Bersatu ini adalah atas asas dan tujuan yang cukup mulia iaitu untuk menentang kleptokrasi, salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa berlaku dalam negara kita pada hari ini.
Tetapi juga saya rasa cukup berbangga selaku pengasas bersama-sama dengan rakan-rakan yang bersama-sama hadir dan kita jemput pada hari ini… mantan-mantan ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi ialah Tan Sri Rais (Yatim) dan lain-lain yang ada sebahagian hadir. Dan yang tak mantan tetapi masih memimpin di peringkat bahagian dan juga srikandi.Ahamdulillah. Kita sudah mempunyai sejumlah bilangan hampir 4,000 cawangan yang sudah sah berdaftar dan ada ratusan lagi yang masih dalam proses pendaftaran oleh ROS di seluruh negara kita.
Kita sudah mencatat bilangan ahli lebih daripada 700,000 yang berdaftar. Masih ada dalam sistem pendaftaran kita yang belum didaftarkan secara rasmi. Pendek kata dalam satu tempoh yang tidak terlalu panjang, Bersatu sudah pun mencatat satu sejarah penting dalam politik negara kita iaitu suatu gerakan yang begitu besar yang mempunyai dukungan rakyat yang berjuta.
Sesuatu pencapaian yang telah pun kita sama-sama rayakan ini adalah bukti jelas bahawa rakyat Malaysia pada hari ini amat tertarik malahan mendukung perjuangan kita untuk membentuk sebuah kerajaan… insya-Allah yang akan datang yang baik. Yang boleh meletakkan negara kita dalam keadaan yang lebih stabil… yang boleh menjamin masa depan kita yang lebih cerah. Yang kita dapat membersihkan apa yang telah berlaku dalam negara ini, elemen-elemen salah guna kuasa, kemungkaran dan juga rasuah yang berleluasa.
Saya nak mengambil masa sedikit kerana penting untuk saya mengulangi apa yang dikatakan termaktub dalam perlembagaan parti kita. Kalau siapa di sini adalah pakar boleh rujuk kepada Fasal 6 dalam perlembagaan Bersatu yang antara lainnya menyebut matlamat perjuangan Bersatu adalah:
Pertamanya, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara kita. Ini amat penting tak boleh kita gadaikan.
Keduanya, ialah menegakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Itu tidak boleh dikompromi.
Ketiga, menjunjung kemuliaan institusi raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
Keempat, menghormati hak semua individu untuk mengamalkan agama masing-masing di negara kita. Itu jamin dalam Perlembagaan.
Kelimanya ialah untuk mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sah untuk semua kaum seperti yang mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keenamnya ialah memperkasakan bahasa Melayu dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
Ketujuhnya ialah menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pengasingan kuasa atau ‘separation of powers’ yang termasuk di dalamnya menghormati kebebasan badan kehakiman kita.
Kelapannya ialah memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan dan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
Memelihara hak asasi rakyat, membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, keadilan sosial, mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama.
Membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama, mendukung prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya. Memupuk semangat perpaduan kaum, mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri, dan tidak kurang pentingnya untuk menyertai pilihan raya bagi tujuan membentuk kerajaan.
Ini dalam perlembagaan kita. Sebab itu kita tak boleh lari daripada apa-apa yang telah pun saya sebutkan satu persatu sebagai asas perjuangan kita. Lebih penting dalam situasi yang cukup mencabar pada hari ini. Kita tidak berada dalam keadaan yang selesa. Negara kita berhadapan dengan situasi politik yang terumbang-ambing.
Ekonomi negara selepas kita menghadapi pandemik yang panjang tidak kukuh malah lemah dan menjadi semakin lemah. Rakyat kita yang terkesan dengan masalah Covid ini begitu ramai. Kadar kemiskinan yang dulunya dalam kalangan B40 sudah naik kepada B61. Ini petanda-petanda. We are facing the most challenging of time.
Ya! Waktu saya memimpin negara sebagai perdana menteri kita berhadapan dengan satu situasi yang dikatakan unprecedented iaitu situasi Covid yang melanda dunia dan negara. Selepas itu kita berhadapan dengan masalah kesannya kepada ekonomi negara kita. Sekarang walaupun sudah beralih ke fasa endemik, tetapi keadaan kita tidak lagi bertambah baik.
Sebab itu kita mesti mengambil satu pendirian yang penting untuk menentukan supaya negara kita ini dapat kita selamatkan. It is about saving the country. Apa yang telah pun kita lakukan, kita cuba selamatkan. Tapi malang sekali kita belum berhasil sepenuhnya.
Sekarang ini negara dipimpin oleh Perdana Menteri. Kita bekerjasama ialah untuk menjamin sedikit sebanyak ada kestabilan dalam negara kita. Tetapi saya berani menyebutkan beberapa hari yang lepas bahawa saya rasa tidak cukup dengan apa yang telah pun dilakukan oleh Perdana Menteri kerana situasi negara kita makin hari semakin menjadi lebih buruk.
Saya tak nak membandingkan saya dengan beliau. It is not fair. Kerana saya tidak berada di situ lagi. Tapi waktu sekarang ini dia dipimpin oleh seorang Perdana Menteri. Rakan-rakan kita ada bersama-sama kerana kita mendukung konsep orang kata bekerja bersama-sama untuk menjaga dan memelihara negara kita. Ya… mereka telah berkorban dan berusaha tapi it’s not enough.
Saya tak nak mengajar Perdana Menteri… itu bukan tugas saya, tetapi peranan kita sebagai sebuah gerakan parti politik yang begitu cukup memuliakan perkara-perkara yang saya sebutkan kini menjadi lebih tercabar. Apa yang harus kita lakukan? Jadi setakat yang telah pun kita lakukan dan kita termampu lakukan, kita buat.
Walaupun kita telah pun meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dengan mengharapkan ada bentuk kerjasama persefahaman tetapi nampaknya UMNO tetap UMNO. UMNO masih gelojoh dengan kuasa. Hampir sebahagian jawatan-jawatan penting dipinda dan ditukar pada orang-orang UMNO sahaja. Hatta ke jawatan ketua kampung pun tidak mahu berkongsi dengan kita untuk bersama-sama membela nasib rakyat yang ada di bawah ini.
Apa lagi di peringkat GLC dan badan-badan yang lain. Saya tak payah nak sebut panjang saudara saya yang ada di hadapan saya ini pun mahir dan tahu tentang situasi sebegini. It is not getting better. Jadi oleh sebab itu, yang boleh dapat menentukan hala tuju negara kita ialah kita. Ya, kita tidak merupakan parti yang terbesar tetapi kita ada tekad. Saya tengok muka-muka yang dah ada depan saya ini bukan pengecut. Berani untuk memikul satu beban tugas yang maha berat. Nak menyelamatkan negara pun bukan senang.
Walaupun negara tidak menghadapi ancaman keselamatan dalam bentuk peperangan dan sebagainya. But we are facing a war… a different war. It is about saving the country from jatuh ke dalam satu paras kolam yang paling dalam.
Pakar-pakar penganalisis antarabangsa telah pun menyatakan dengan jelas. Sekarang kita menghadapi masalah tapi tahun hadapan masalah lagi besar. Tak ada satu negara yang telah menyatakan bahawa tahun hadapan keadaannya bertambah baik walaupun sudah ada usaha dibuat. Sudah ada petanda-petanda pertumbuhan… itu tidak dapat kita nafikan… tetapi itu tidak mencukupi.
Sebab itu jawapan yang paling penting ialah bila mana pilihan raya sampai, kita tukar kerajaan yang ada hari ini. Dan kita bina sebuah kerajaan Perikatan Nasional… bukan pasal saya nak jadi Perdana Menteri… it doesn’t matter… anybody can lead the parti and lead the government but importantly bahawa Perikatan Nasional mesti kembali untuk berkuasa supaya menguruskan negara ini dengan cara yang lebih teratur… lebih berkesan.
Yang paling penting ialah nak menentukan rakyat jelata mesti ada cukup makan di atas meja mereka… anak mereka mampu pergi ke sekolah… wanita-wanita tidaklah orang kata terbiar begitu saja. Tidak ada pembelaan. Ini mungkin dalam konteks kerajaan tidaklah agak begitu diutamakan tapi kami Perikatan Nasional anggap ia sebagai suatu yang tidak boleh kita perkecilkan.
Kalau dahulunya B40 hanya 40 peratus… rakyat Malaysia jatuh dalam golongan yang dikatakan miskin dan termiskin dan miskin tegar. Hari ini sebuah kajian oleh badan bukan kerajaan yang telah pun beri taklimat kepada saya menyatakan… Tan Sri bahawa kadar kemiskinan sudah bertambah daripada 40 peratus naik kepada 61 peratus. Yang M40 sudah turun… yang top 20 tidak berbakinya mungkin tak sampai 10 peratus.
Apa maknanya? Maknanya ialah satu beban yang lebih mencabar. Sebab itu kerajaan tak boleh bertindak secara biasa. Ianya bukan keadaan yang biasa. Tetapi luar biasa. Sewajarnya ada suatu jawatankuasa tertinggi yang dipimpin tidak lain Perdana Menteri. Saya bukan nak mengajar. Ini pandangan saya. Take it as a matter of great importance, bersidang hampir tiap-tiap minggu kalau pun tidak setiap hari.
Lihat setiap perkara-perkara yang diperincikan oleh kementerian-kementerian tentang isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan tindakan mesti dibuat dengan secara seberapa cepat yang mungkin. Persoalannya macam mana nak buatnya?
Saya tak nak mempersoalkan tentang keupayaan kerajaan, adakah sumber dana yang mencukupi untuk membela dan membantu rakyat sebagaimana yang telah pun kita lakukan pada masa yang lepas. Ini mungkin rakan-rakan di dalam kabinet lebih tahu daripada saya.
Jadi, dalam situasi sebegitu dalam keadaan yang semakin menurun, menjadi satu tanggungjawab dan amanah yang kita harus pikul bersama. Iaitu untuk tentukan supaya bila sampai pilihan raya diadakan, maka Perikatan Nasional yang didukung oleh Bersatu PAS, Gerakan, STAR dipimpin bersama-sama, didukung bersama-sama oleh rakyat dan badan-badan bukan kerajaan, seluruh jentera dan tenaga kita untuk menentukan bahawa setiap rakyat yang boleh keluar mengundi mendukung perjuangan kita dan menyokong kita sehingga terbentuklah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan Nasional. Boleh ataupun tidak? Jawapannya boleh.
Tapi boleh tu ada banyak syarat. Kerana kalau kita tak buat begitu, kita biarkan UMNO dengan masalah mereka. Saya tak payah nak ulas. Kalau ulas menghabiskan masa. Masalah yang telah merundung nasib mereka, gasak dialah. Apa yang berlaku, berlakulah. Saya tak nak membincangkan soal Pakatan Harapan, dia nak bertanding bertanding lah. UMNO nak bertanding semua kerusi bertanding lah.
Kita dalam Pakatan Nasional sudah ada kesepakatan dan antara perkara yang telah disepakati, saya nak sebut sini bahawa musuh utama kita tidak lain ialah Barisan Nasional. Kalau ada orang kata keadaannya begini-begini nantilah lepas ni besok macam mana kita nak buat, itu strategi yang cukup salah.
Ada rakan saya datang ke pejabat baru-baru ini tanya Tan Sri macam mana pilihan raya ini? Lawankah tak lawan UMNO? Tanya saya lawankah tak lawan. Ya kita tahu siapa mereka. Tetapi kita jangan gentar dan takut kerana kita ada niat dan nawaitu kita about saving the country. Ini bukan soal main-main punya kerja. Ini bukan soal biarlah dan serah pada dia sajalah dan serah pada Allah sajalah.
Tidak! Kita kena bekerja kuat dan saya tahu rakan-rakan di bawah telah mula bekerja. Jentera telah disusun. Tapi jangan lapor pada saya semua okey. Awak dah cula tak pengundi di kawasan awak? Ia ialah penentu tentang keberadaan kita dalam gelanggang politik negara ataupun kehilangan kita dalam suasana politik negara.
Realiti politiknya tidak sebegitu jelas tetapi kalau kita komited dan saya jangka ahli-ahli kita yang lebih 700,000 didukung oleh rakan-rakan kita dalam PAS, Gerakan mungkin lebih dua juta. Ini satu gerakan politik besar. It is a mass political movement. Dengan syarat kita bergerak sebagai satu pasukan. Kita menuju pada satu hala tuju. Jangan Bersatu kata begini, PAS kata begini. Gerakan kata begini. Kalau semua cakap masing-masing ikut selera masing-masing tak menunjukkan kesatuan dan perpaduan, kita kalah.
Pasal mesej yang diterima di bawah tu tak jelas. Who is our enemy. Bukan musuh kerana kita nak bergaduh dalam perang dengan mereka. Tetapi ini harus ditolak oleh rakyat untuk menyelamatkan kehidupan masa depan negara kita. Sebab itu perkara yang pokok. Yang penting dalam keadaan sebegini susah kita nak menunjukkan sifat kita yang prihatin dengan masalah rakyat.
Ya! Waktu zaman saya memimpin negara kita prihatin dan istilah prihatin sudah sinonim dengan Perikatan Nasional khasnya, Bersatu turun ke bawah bantu rakyat… beri apa yang boleh… itu prihatin kalau mereka tidak mempunyai makanan yang cukup kita sediakan. Terima kasih dan tahniah pada hampir semua negeri dan bahagian yang telah pun menggerakkan konsep gerai prihatin bantu rakyat beli barang keperluan asas mereka dengan harga yang agak begitu murah.
Tapi sebenarnya tak cukup but at least we do something. Dan ini perlu diteruskan dan saya dah buat keputusan bahawa Perikatan Nasional khasnya Bersatu akan teruskan Program Gerai Prihatin Rakyat. Kita cari dan kumpulkan dana yang mana ada supaya kita dapat bekalkan bahan-bahan dengan harga yang berpatutan. Masalah ini masalah yang agak besar yang perlu kita berikan perhatian.
Oleh sebab itu pada hari ini saya cuma nak menyatakan sekali lagi ada tanggungjawab besar kita. Jentera pilihan raya telah pun kita arahkan untuk bergerak. Saya fikir sebahagian sudah mula. Kita dah mohon supaya bahagian-bahagian mengenal pasti tokoh-tokoh yang paling sesuai dan layak untuk diletakkan sebagai calon pilihan raya.
Saya dedahkan di sini ada jawatankuasa akan meneliti dan tapis dipimpin oleh Naib Presiden Datuk Dr Radzi Jidin… mana yang paling sesuai. Dan ini nanti akan sampai masa diberitahu dan jangan gaduhlah pasal soal calon. Bila parti sudah menang, berkuasa semua orang akan ada tanggungjawabnya.
Kita bukan macam parti UMNO nak suruh kaut kaut kaut . Kita tak sakau sesiapa pun. Harta rakyat tetap rakyat punya. Tapi pemimpin waktu mana kerajaan kita berkuasa kita akan berikan tugas dan peranan mereka supaya mereka boleh buat apa yang terbaik untuk rakyat jelata. Itu penting bagi kita. Peranan sayap-sayap kita ini penting. Kalau empat sayap utama kita bergabung tenaga sebagai kuasa besar untuk menggerakkan jentera kita di seluruh negara gerenti kita akan menang insya-Allah.
Ada hampir enam juta anak-anak muda kita yang akan keluar untuk mengundi buat pertama kali…. kita tak boleh abaikan. Baru-baru ni saya dengar dah buat satu himpunan ramai 50,000 pemuda naik motor datang bersama dengan kita… alhamdulillah pastikan tiap-tiap yang bermotor tadi akan bersama-sama dengan kita. Jangan pandang rendah pada mereka… mereka ada kuasa penentu untuk menang ataupun kalah.
Kita tak boleh diabaikan langsung wanita. Bahaya kalau kita abaikan langsung. Sebab itu kita kena beri perhatian bagaimana caranya kita nak menggerakkan seluruh jentera kita. Supaya tenaga-tenaga muda ini akan bantu kita dan usahakan bersama-sama mendukung tugas yang penting untuk meyakinkan setiap pengundi bahawa kita adalah pilihan yang terbaik untuk menjamin masa depan mereka.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden Bersatu
Pengerusi Perikatan Nasional
24 September 2022