Tindakan tegas penguatkusaan ke atas Syarikat minyak masak bersubsidi – KPDNHEP

Tindakan tegas penguatkusaan ke atas Syarikat minyak masak bersubsidi – KPDNHEP

PUTRAJAYA, 29 Januari 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius kegiatan.penyelewengan subsidi barang kawalan berjadual dan sentiasa bertindaktegas untuk mengekang ketirisan yang berlaku selaras dengan hasrat kerajaan, untuk memastikan barangan bersubsidi sampai kepada golongan sasar berkaitan.

Usaha-usaha untuk memerangi jenayah ini telahdilaksanakan secara berterusan termasuklah pengauditan rantaian
pengedaran minyak masak dibuat secara intensif dan komprehensif bermuladaripada pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit.

Sebelumnya Pada 27 Januari 2022, sepasukan Pegawai Penguat KuasaKPDNHEP Putrajaya telah menjalankan pengauditan dan naziran barangkawalan berjadual ke atas sebuah syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi di Shah Alam, Selangor. Pengauditan ini dilaksanakan hasil daripada siasatan lanjut berkaitan kesalahan di bawah Akta Kawalan
Bekalan 1961.

Hasil pengauditan dan naziran ke atas syarikat pembungkus barang kawalan berjadual berkenaan telah mendapati syarikat tersebut telah menyimpan minyak masak di premis lain daripada yang dibenarkan di dalam lesen syarikatnya.

Kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 20 (1), Akta,Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan, apa-apa barang kawalan di premis selain dari premis yang dilesenkan atau premis yang dibenarkan. Pasukan serbuan telah menyita 37,360 kilogram minyak masak bersubsidi di dalam tangki serta 2,210 kilogram minyak masak pek polibeg (1kg) dan dokumen berkaitan transaksi urus niaga barang kawalan berjadual minyak masak dengan nilai rampasan berjumlah RM 98,025.00.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Ringgit Malaysia, (RM 1,000,000.00) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi syarikat atau
perbadanan boleh didenda tidak melebihi Dua Juta Ringgit Malaysia (RM2,000,000.00).

Pihak KPDNHEP, tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan rakyat. Kementerian akan mengambil tindakan yang lebih tegas termasuklah menarik balik atau membatalkan lesen runcit dan borong pihak-pihak yg didapati terlibat
termasuk syarikat pemegang kuota minyak masak bersubsidi.

Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan subsidi ini boleh melaporkan kepada pihak

KPDNHEP melalui saluran aduan berikut:

i. WhatsApp 019-279 4317

ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my

ii. Call Centre 1-800-886-800

iii. Emel [email protected]

iv. Ez ADU KPDNHEP

v. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)

03-8882 6088/6245

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )