Terbuka Hylo: Zii Jia mara ke suku akhir

Terbuka Hylo: Zii Jia mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR,. Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia, mara ke suku akhir selepas menundukkan lawan dari Ireland, Nhat Nguyen pada pusingan kedua Terbuka Hylo 2021 di Jerman, malam tadi.

Bagaimanapun, pemain pilihan kedua kejohanan itu terpaksa menempuh pertarungan yang mendebarkan apabila lawan memberi saingan sengit sebelum Zii Jia menang set pertama 22-20.

Pemain berasal dari Kedah berusia 22 tahun itu memastikan tempat lapan terakhirnya dengan mengetepikan Nguyen 21-16 untuk bertemu pemain pilihan kelapan, Kantaphon Wangcharoen dari Thailand.

Kantaphon sebelum itu menewaskan pemain India, Sourabh Verma, 21-12, 21-18 pada pusingan kedua.

Sementara itu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Peck Yen Wei meneruskan rentak cemerlang mereka dalam kejohanan itu apabila melakukan kebangkitan untuk mengejutkan pilihan ketiga dari England, Marcus Ellis-Lauren Smith.

Selepas tewas set pertama 18-21, Tang Jie-Yen Wei menemui rentak mereka bagi menewaskan Marcus-Lauren dalam dua set seterusnya, 21-11, 21-14 dan bakal menentang Supak Jomokh-Supissara Paewsampran apabila pasangan Thailand itu berjaya menyingkirkan Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fai dari China Taipei, 21-17, 15-21, 21-19.

Dalam kategori beregu lelaki, gandingan yang baharu menjadi pemain profesional Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong, gagal dalam cubaan mereka melangkah lebih jauh apabila tumbang kepada pasangan nombor dua, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, 21-14, 21-18.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )