Telegram peribadi Ismail Sabri digodam, abai mesej diterima

Telegram peribadi Ismail Sabri digodam, abai mesej diterima

KUALA LUMPUR,. Akaun Telegram peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ismail Sabri yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter turut meminta orang ramai untuk mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.

“Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan,” menurut ciapan itu.

– BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )