Tekanan menaik terhadap inflasi kekal dalam bergerak ke hadapan

Tekanan menaik terhadap inflasi kekal dalam bergerak ke hadapan

KUALA LUMPUR,. Tekanan menaik terhadap inflasi dijangka kekal dalam bergerak ke hadapan, didorong oleh kesan pindahan ke atas harga berikutan kos perniagaan yang kian meningkat kerana kenaikan harga komoditi dan bahan.
Ini meskipun dengan asas rendah dan harga bahan api yang terkawal yang mana kerajaan telah menetapkan harga siling bagi RON95 dan diesel masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 sehingga akhir tahun ini, kata AmBank Research dalam nota penyelidikan hari ini.

“Untuk tahun penuh, kami mengekalkan unjuran inflasi kami pada 2.6–2.8 peratus tanpa perubahan pada prospek kadar dasar semalaman (OPR) 1.75 peratus,” katanya.

Untuk bulan September 2021, AmBank Research berkata kadar inflasi keseluruhan Malaysia meningkat, mencatatkan peningkatan 2.2 peratus tahun ke tahun berbanding 2.0 peratus pada bulan Ogos, kadar terpantas berikutan pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Sementara itu, CGS-CIMB Research mengunjurkan inflasi keseluruhan pada purata 2.4 peratus tahun ke tahun pada 2021 dan menyederhana kepada 2.2 peratus tahun ke tahun pada 2022.

“Dengan inflasi yang masih terkawal, kami menjangkakan dasar monetari kekal menyebelahi kepada pertumbuhan pada separuh pertama 2022 (1H22) sementara kadar faedah diunjur kembali normal hanya akan bermula pada separuh kedua 2022,” katanya dalam nota berasingan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This