Tarif elektrik 2021 diumum minggu ini

Tarif elektrik 2021 diumum minggu ini

PUTRAJAYA,. Kadar tarif elektrik untuk pengguna domestik dan industri bagi 2021 akan diumumkan minggu ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Kita akan umumkan dalam minggu ini. Tunggu,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, di sini hari ini.

Pada Jun lepas, Shamsul Anuar berkata kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan dalam menilai semula kadar semasa tarif elektrik.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dijangka mengumumkan tarif baharu bagi tempoh Januari-Jun 2021 pada penghujung tahun ini selepas mendapat persetujuan kabinet.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada September lepas dilapor menjangkakan kemungkinan berlaku penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas semasa.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )