Tanah Runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands

Tanah Runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands

BENTONG: Kejadian tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, pada jam 2.47 pagi tadi. Insiden itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah terhalang sepenuhnya dan tidak dapat dilalui oleh pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar, memaklumkan bahawa tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda yang dilaporkan setakat ini.

“Kerja-kerja pembersihan telah selesai dijalankan sekitar jam 2 petang, dan laluan berjaya dibuka semula untuk semua kenderaan. Namun begitu, hujan lebat pada waktu petang menyebabkan berlakunya runtuhan kedua kira-kira jam 5 petang, yang memaksa penutupan semula laluan di kedua-dua arah,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau turut memberi jaminan bahawa usaha pembersihan sedang diteruskan, manakala pihak polis bersama pasukan keselamatan Genting Highlands akan terus memantau keadaan di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Zaiham turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi atau maklumat tidak sahih berhubung kejadian ini.

Orang awam yang memerlukan maklumat rasmi disarankan untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong melalui talian 09-2222222 atau mengunjungi balai polis berdekatan.

mediabatu.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )