Takziah buat keluarga kemalangan di Triso Sarawak – Zuraida

Takziah buat keluarga kemalangan di Triso Sarawak – Zuraida

KUALA LUMPUR,. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden melibatkan kenderaan pacuan empat roda yang terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, Sebuyau pada Jumaat.

“Saya mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini.

“Saya percaya siasatan menyeluruh akan dilakukan pihak berwajib bagi mengelakkan kemalangan seumpama ini berulang serta mutu dan kualiti keselamatan akan dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 petang Jumaat, sembilan orang termasuk bayi berumur empat bulan maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki hilang kawalan dan jatuh ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso.

Enam mangsa tragedi itu, Siti Aishah Abdullah, 36, bersama lima anaknya Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16, Khairunnisa, 14, Mohd Aiman, 7, Muhd Mustaqim, 5 dan Mohd Ahmad 4 bulan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu di Sri Aman, Sarawak petang Sabtu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )