Suntikan vaksin COVID-19 remaja di Labuan dan Lembah Klang diberikan selepas Sarawak

Suntikan vaksin COVID-19 remaja di Labuan dan Lembah Klang diberikan selepas Sarawak

KUALA LUMPUR,. Suntikan vaksin COVID-19 terhadap remaja di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan selepas selesai vaksinasi di Sarawak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi COVID-19 terhadap remaja.

“Vaksinasi remaja di Sarawak akan bermula hari ini, bermula dengan remaja berumur 16 dan 17 tahun dan berumur 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

“Ia akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kita akan memberikan vaksin jenis Pfizer,” katanya menerusi ciapan di Twitter, semalam.

Kumpulan pertama daripada 76,400 remaja di Sarawak akan menerima suntikan vaksin mereka, hari ini.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )