Sukan SEA Hanoi: Skuad Harimau Muda ikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja

Sukan SEA Hanoi: Skuad Harimau Muda ikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja

KUALA LUMPUR : Pasukan bola sepak negara terlepas peluang untuk mendapatkan status juara bagi Kumpulan B apabila Skuad Harimau Muda mengikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada Isnin.

Perlawanan babak pertama kelihatan agak perlahan apabila pasukan Malaysia masih dalam usaha untuk membaca strategi pihak lawan selain terlepas beberapa peluang untuk memburu jaringan.
Kemboja, bagaimanapun, tampil mendahului di babak pertama apabila berjaya menembusi gawang negara hasil sumbangan Choun Chanchav..

Jaringan gol Kemboja ternyata tidak mematahkan semangat Skuad Harimau Muda apabila Malaysia mengambil giliran untuk menjaringkan gol sebaik sahaja enam minit permulaan babak kedua. Jaringan gol pertama negara berjaya disumbang Hadi Fayyadh Abdul Razak setelah pihak lawan membuka ruang sepakan penalti selepas menjatuhkan Syafik Ismail yang membawa kepada kedudukan seri 1-1.

Tidak senang duduk dengan serangan Malaysia, Ky Rina akhirnya menjaringkan gol kedua yang juga merupakan serangan balas yang dilakukann pada minit ke-60. Hadi Fayyadh kelihatan tidak cukup dengan hanya menjaringkan satu gol selepas menyumbangkan gol keduanya hasil hantaran leret oleh Luqman Sham yang dipamerkan pada minit ke 67.

Jaringan itu juga sekali gus menjadikan Malaysia dan Kemboja kekal dengan kedudukan 2-2 hingga ke akhir perlawanan.

Setakat ini, Malaysia masih kekal dengan kedudukan teratas Kumpulan B dengan mengumpul lapan mata, dua mata mengatasi Thailand di tangga kedua dan aksi pasukan jiran itu dengan Laos malam ini akan menentukan kedudukan akhir kumpulan.

-FAM

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )