Skuad Ihsan MADANI KPM bantu mangsa banjir

Skuad Ihsan MADANI KPM bantu mangsa banjir

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menyempurnakan acara pelepasan (flag off) Skuad Ihsan MADANI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang digerakkan untuk memberi bantuan di kawasan terjejas banjir.

Skuad Ihsan MADANI KPM yang terdiri daripada lebih 300 orang sukarelawan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Smart Support Team (SST-MoE), sukarelawan Guru Insani, sukarelawan MESCA KPM serta warga kementerian akan melaksanakan operasi bantuan di dua zon yang terjejas banjir iaitu di Zon Utara dan Zon Timur.

“Antara yang diberi tumpuan adalah pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir.

“Ini penting bagi mengurangkan
beban mangsa terjejas, serta membantu mereka yang sedang dalam fasa pemulihan untuk kembali menjalani kehidupan pasca banjir,” kata KPM dalam satu kenyataan.

KPM berkata turut diadakan dalam acara ini adalah penyerahan sumbangan Yayasan Guru Tun Hussein Onn berjumlah RM100,000 bagi menjayakan operasi bantuan dan penyerahan peralatan pembersihan pasca banjir.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh; Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan.

KPM berkata selain membawa harapan rakyat terjejas yang memerlukan bantuan segera, Skuad Ihsan MADANI adalah cerminan perpaduan dan kesepakatan Malaysia MADANI dalam mendepani musibah.

– Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )