Skuad boling remaja lelaki raih pingat perak acara berpasukan

Skuad boling remaja lelaki raih pingat perak acara berpasukan

KUALA LUMPUR,. Pemain boling remaja lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara berpasukan di Kejohanan Boling Remaja Asia Ke-21 di Bangkok, Thailand malam tadi.

Skuad negara yang terdiri daripada Izz Naqiuddin Putera Islahuddin, Syabil-Azam Syamsul-Azam, Airel Amri Suhaimi dan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh mencatatkan 5,240 jatuhan pin malam tadi, manakala pingat emas diraih oleh skuad Hong Kong A dengan catatan 5,299 jatuhan pin, dan Singapura B yang mencatatkan 5,060 jatuhan pin merangkul pingat gangsa.

Sementara itu Shaqeem Izwan memenangi pingat gangsa bagi kategori all event lelaki selepas mencatatkan 4,060 jatuhan pin.

Pemain boling Taiwan Lan Shao-Kang muncul juara dengan catatan 4,163 jatuhan pin, manakala pingat perak dimenangi oleh Hassan Qasem dari Kuwait A dengan 4,090 jatuhan pin.

Kejohanan enam hari itu dijadualkan berakhir Jumaat ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )