Sistem statistik negara perlu diperkukuhkan – KSN

Sistem statistik negara perlu diperkukuhkan – KSN

KUALA LUMPUR,. Sistem statistik negara perlu diperkukuhkan bagi memastikan data yang ada diselaraskan dan dapat digunakan kerajaan dalam merangka dasar serta membuat keputusan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kerajaan telah bersetuju agar pengukuhan sistem statistik negara dilaksanakan, dengan diketuai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertindak sebagai agensi pusat dalam penyelarasan sistem statistik tersebut.

“DOSM akan bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal penghasilan statistik kementerian, jabatan dan agensi,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sebelum merasmikan Seminar ‘My Local Stats 2020: Statistik Daerah & Tempatan Ke Arah Kecekapan Perancangan dan Pengurusan Sumber’ menerusi siaran langsung di laman sosial Facebook DOSM.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )