Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan PM Anwar

Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan PM Anwar

KUALA LUMPUR ,. Bekas Ketua Penerangan PKR Pusat Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata majlis angkat sumpah simpan rahsia berlangsung di Putrajaya semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar hadir bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu, Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Chan menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )