Seri Petaling jalani disinfeksi besar-besaran

Seri Petaling jalani disinfeksi besar-besaran

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini turun padang meninjau kerja-kerja disinfeksi dan membasmi kuman secara besar-besaran yang dilaksanakan pasukan dari Unit Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar kawasan Seri Petaling, Kuala Lumpur yang merupakan kawasan Zon Merah wabak Covid-19 di Wilayah Persekutuan.

DBKL bersama-sama dengan Alam Flora telah menjalankan proses pembersihan dan disinfeksi di sekitar kawasan Masjid Seri Petaling.

100 orang pekerja telah diberikan peralatan khas bagi menjalankan pembersihan dan disinfeksi tersebut susulan arahan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Penularan wabak itu memasuki gelombang kedua apabila perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling membentuk kluster jangkitan terbesar termasuk mencatat beberapa kes kematian.

Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )