Semua Pejabat LHDN di Bangunan TM Jalan Semarak dibuka mulai esok

Semua Pejabat LHDN di Bangunan TM Jalan Semarak dibuka mulai esok

KUALA LUMPUR,. Semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara Telekom Malaysia (TM) Jalan Semarak di sini, dibuka mulai esok dengan waktu operasi terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, pejabat lain yang terlibat ialah Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya, Cawangan Wangsa Maju dan Cawangan Siasatan Putrajaya.

LHDN memaklumkan untuk Cawangan Wangsa Maju, waktu operasi kaunter perkhidmatan bagi kaunter setempat (perkhidmatan percukaian) dan kaunter duti setem adalah dari Isnin hingga Jumaat 8 pagi hingga 1 tengah hari, manakala penerimaan bayaran sehingga 12 tengah hari sahaja.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, LHDN memaklumkan bahawa pejabat berkenaan ditutup bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )