Sehari dapat lebih RM60, imbas kod QR penderma media sosial

Sehari dapat lebih RM60, imbas kod QR penderma media sosial

Kuala Lumpur – Trend mengimbas kod QR atau (money packet) bagi menerima sumbangan kewangan semakin mendapat perhatian di media sosial, dengan beberapa individu mendakwa memperoleh lebih RM60 sehari hasil derma orang ramai sepanjang Ramadan ini.

Fenomena ini berlaku apabila ramai penderma di media sosial memaparkan kod QR akaun e-dompet Touch n’ Go mereka dalam hantaran di platform seperti Facebook, TikTok, dan Instagram.

Semakan Mediabatu! mendapati, dua waktu utama yang kebanyakan muncul kod QR tersebut adalah selepas solat subuh serta satu jam sebelum berbuka.

“Sehari lebih RM60 saya dapat. Ramai yang pemurah dekat media sosialnya ni. Ada juga setiap kali bila ada pengguna berkongsi rezeki dengan cara muat naik kod QR, tak sampai 30 saat dah ‘fully claimed’. Ini dinamakan duit raya sebelum raya,” kata Rayyan bukan nama sebenar.Sebagai contoh facebook group bertajuk (SEDEKAH) MEMBERI DAN MENERIMA PAKAIAN / BARANG2 BAYI TERPAKAI TELUK INTAN.

“Rezeki subuh, nampak ada seorang influencer (pempengaruh) ini share kod QR Touch n’ Go. Bila scan (imbas) dapat RM10. Terima kasih si penderma, moga murah rezeki,” kata johari bukan nama sebenar di facebook beliau.⁠

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )