SC kenakan celaan terhadap CAP, bekas pengarah dan pegawai semasa

SC kenakan celaan terhadap CAP, bekas pengarah dan pegawai semasa

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan terhadap China Automobile Parts Holdings Limited (CAP) berikutan pengekalan jawatan Wang YuYun sebagai Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Chen Xunze, yang boleh memudaratkan kepentingan awam.

Pengawal selia itu turut mengenakan celaan terhadap CAP serta bekas para pengarah dan ketua pegawai kewangan semasanya atas pelbagai pelanggaran undang-undangs ekuriti.

“Tawaran Awam Awal CAP menyatakan bahawa CAP telah mengemukakan kepada SC dan mengeluarkan prospektus bertarikh 11 Jan 2013 yang mengandungi penyata kewangan anak syarikat milik penuh QuanZhou FenSun Automobile Parts Co., Ltd.
(FenSun), yang palsu atau mengelirukan, kerana mengandungi penyata baki bank FenSun yang terlebih nyata,” menurut SC dalam kenyataan pada Rabu.

CAP telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) pada 30 Jan 2013.

Menurut SC, antara 2013 dan 2018, CAP juga telah mengemukakan penyata kewangan palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia disebabkan oleh penyata baki bank Fensun yang terlebih nyata.

Katanya CAP gagal untuk menzahirkan litigasi yang berkaitan dengan kemungkiran pinjaman bank oleh FenSun dan tidak mengiktiraf liabiliti tertunggak pinjaman bank FenSun dalam penyata kewangannya.

Selain itu, SC mengenakan celaan terhadap bekas Pengarah Urusan CAP Li Guo Qing; bekas Naib Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Ong Juan Tee dan Wang YuYun atas kesalahan menyebabkan pengemukaan dan membenarkan penerbitan prospektus CAP yang mengandungi penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan dan dengan sengaja mengizinkan pengemukaan penyata kewangan palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia.

SC juga mengenakan celaan terhadap Chen Xunze dan dua bekas Ketua Pegawai Kewangan CAP, Lai Fong Ling dan Chai Wai Teck kerana dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia.

“Semua individu yang telah melanggar undang-undang tersebut tidak mengemukakan rayuan terhadap tindakan SC dalam tempoh yang ditentukan menurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA),” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)