SC denda bekas perunding unit amanah RM2 juta tipu pelabur

SC denda bekas perunding unit amanah RM2 juta tipu pelabur

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Sekuriti (SC) menegur dan mengenakan denda berjumlah RM2 juta terhadap bekas perunding unit amanah, Harani Kamarudin atas kesalahan menipu pelabur antara November 2012 hingga November 2019, menyebabkan mangsa kerugian RM1.32 juta.

SC dalam kenyataan hari ini berkata sebahagian daripada penipuan yang dilakukan oleh Harani untuk memikat mangsa melabur dengan beliau antaranya, membuat pernyataan palsu mengenai sifat dan ciri-ciri pelaburan serta jaminan hasil pelaburan dan pulangan tertentu kepada mangsa, yang tidak menjadi kenyataan.

“Ekoran daripada kelakuan dan tindakannya, beliau telah melanggar Seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang dibaca bersama peruntukan Kod Etika dan Peraturan Kelakuan Profesional Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (Dana Unit Amanah).

“Penemuan pelanggaran dan sekatan yang dikenakan ke atas Harani dibuat selepas melalui proses sewajarnya termasuk memberikan peluang kepada beliau untuk menjawap mengenai kesalahan itu dan keputusan SC,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )