Sampel tidak perlu dihantar ke makmal dengan kit ujian baharu -Noor Hisham Abdullah

Sampel tidak perlu dihantar ke makmal dengan kit ujian baharu -Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA,. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, COVID-19 kini tidak lagi perlu dihantar ke 43 makmal ujian saringan yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), apabila KKM membuat keputusan untuk menggunakan kit ujian pantas antigen daripada Korea Selatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana apa yang diperlukan hanya kabinet keselamatan bio dan ujian boleh dilakukan di tempat pengambilan, di klinik ataupun hospital.
“Sifat sensitif yang kita cari (untuk ujian cepat) ialah 84.4 peratus, dan spesifik untuk ujian itu ialah 100 peratus,” katanya pada sidang media harian COVID-19, pada Khamis.

Beliau berkata, KKM akan menggunakan kit ujian pantas antigen tersebut untuk menguji orang ramai dan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) di makmal akan digunakan jika terdapat kes yang meragukan dalam apa apa isu berkaitan.

Dr Noor Hisham menambah, KKM dijangka akan mula menggunakan kit ujian baharu itu minggu hadapan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )