Saingan bola sepak tak boleh diteruskan hingga September – FIFA

LONDON,. Ketua Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Michel D’Hooge menegaskan saingan liga bola sepak tidak boleh diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 1 September depan.

Saingan Liga Perdana Inggeris tetap mahu menamatkann baki kempen musim ini namun semakin kesuntukan masa susulan pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini.

“Dunia masih belum bersedia untuk saingan bola sepak kompetitif. Saya harap perkara ini dapat berubah secepat mungkin, kamu perlu bersabar.

“Ini adalah situasi paling dramatik yang kita lalui sejak perang dunia kedua. Kita tidak boleh memandang mudah perkara ini sebaliknya kita perlu realistik.

“Penjarakan sosial adalah paling penting. Melakukan ujian saringan penting tetapi kamu perlu mengulanginya.

“Jika seorang pemain didapati positif, kamu perlu meletakkan seluruh pasukan menjalani kuarantin. Adakah ini penyelesaian yang kita cari?

“Anda tidak boleh minta Liverpool beraksi menentang Manchester apabila semua pemain perlu menjaga jarak mereka sejauh dua meter.

“Adakah anda pernah bermain bola sepak dengan menggunakan topeng muka? Ini tidak mengelakkan daripada penjarakan sosial.

“Penyelesaian hanya akan ada sekiranya vaksin bagi wabak ini sudah ditemui,” katanya. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )