Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$116.1 pada 29 Okt

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$116.1 pada 29 Okt

KUALA LUMPUR,. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$116.1 bilion pada 29 Oktober, 2021.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing ((US$103.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$6.1 bilion), emas (US$2.2 bilion) dan aset rizab lain (US$3.1 bilion).

Aset-aset yang terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM486.22 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), deposit dengan institusi kewangan ((RM629.64 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM22.68 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.71 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM184.73 bilion), mata wang dalam edaran (RM146.84 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM149.26 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.37 bilion), lain-lain deposit (RM6.48 bilion), kertas Bank Negara (RM7.53 bilion), peruntukan SDR (RM28.47 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.97 bilion).

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )